Ketika berputar di atas paksinya, Bumi condong daripada
orbitnya. Inilah yang menyebabkan berlakunya pembentukan empat musim; musim
bunga, panas, luruh dan sejuk.
Tetapi, jika Allah menghendaki, Bumi kita ini dapat berada
tegak pada orbitnya. Dengan itu tidak akan ada musim-musim. Suhu akan menjadi
sama seluruh dunia. Daripada makanan yang kita makan dan udara yang kita hirup,
gaya hidup kita dan persekitaran akan berubah sepenuhnya.
Adik-adik, pernahkah anda terfikir bagaimana malam dan siang
berlaku? Angkasa sangat gelap. Tetapi, di Bumi, yang juga angkasa, terdapat
perubahan di antara malam dan siang. Pada waktu pagi, kita bangun dengan cahaya
matahari, tetapi apabila malam, ia menjadi gelap. Jadi, bagaimana pada
pandangan kamu Bumi kita menjadi cerah pada waktu pagi?
Apabila Bumi berputar di atas orbitnya, ia juga berputar
mengelilingi dirinya seperti gasing yang berputar. Apabila Bumi berputar
mengelilingi dirinya, bahagian yang menghadap matahari menjadi terang.
Tidak seperti planet kita, Uranus berputar pada bahagiannya,
seolah-olah planet itu jatuh. Ini menyebabkan planet ini berpusing mengelilingi
matahari di dalam orbitnya seperti sebuah baldi. Khatulistiwa Uranus condong
pada 98 sama dengan orbitnya, dengan itu setiap kutub sentiasa menghadap
matahari pada bahagian setiap orbit. Uranus mengambil masa 84 tahun bumi untuk
mengelilingi matahari! Oleh itu, setiap tahun pada satu masa, setiap kutub ini
menerima cahaya matahari secara berterusan atau berada di dalam bayang
sepanjang masa.
Apa akan berlaku jika waktu siang sepanjang masa pada satu
bahagian Bumi dan malam pada bahagian yang lain? Jika ini berlaku, manusia
tidak akan mempunyai masa tertentu untuk tidur. Setiap orang akan tidur atau
bangun pada waktu yang berbeza. Akan berlaku banyak kekeliruan di dalam
hubungan antara manusia.
Bumi condong kepada paksinya pada 23 27'. Jika sudut ini
tidak wujud, tidak akan ada musim-musim.
Bayangkan kita hanya mempunyai waktu siang: Bolehkah kita
tidur dengan nyenyak? Di samping itu, kita juga tidak dapat melihat bulan dan
bintang-bintang yang hanya kelihatan di dalam kegelapan malam.
Sebaliknya, bagaimana jika kita sentiasa berada di dalam
gelap? Pertama, kita tidak akan dapat melihat matahari, langit biru atau
keindahan lain yang hanya dapat kita lihat pada siang hari. Tiada siapa tahu
bagaimana waktu tidur kita atau jadual sekolah kita. Kita mungkin pergi ke
sekolah di dalam kegelapan malam dan berehat di dalam gelap.
Yang lebih penting ialah tumbuh-tumbuhan yang memerlukan
malam dan siang untuk hidup akan hilang dengan cepat. Kemungkinan, ini adalah
penghujung kepada hidupan.
Tetapi, Allah telah menjadikan malam dan siang untuk
memudahkan hidup kita. Dengan menjadikan malam dan siang, Dia telah mengatur
hidup kita dengan baik. Tujuan penciptaan malam dan siang dinyatakan di dalam
Al-Quran seperti berikut:
Dan Dialah Tuhan yang menjadikan malam untuk kamu sebagai
pakaian, dan menjadikan tidur untuk berhenti rehat, serta menjadikan siang
untuk keluar mencari rezeki. (Surah Al-Furqan:47)
Walaupun setiap hari banyak penemuan dan ciptaan dilakukan.
Tetapi, tidak satu pun yang tidak pernah berlaku; iaitu, semuanya telah
diilhamkan oleh benda atau hidupan yang telah sedia wujud dalam alam semula
jadi. Ciptaan yang manakah dapat menjadikan Bumi ini berputar dan menyebabkan
berlakunya malam dan siang? Tiada satu pun bukan? Hanya Tuhan kita, Pencipta
langit, bumi dan semua yang di antaranya dapat melakukannya.
Seorang pengembara yang bergerak berterusan pada satu
kelajuan ke Barat dengan kapal terbang akan sentiasa berada pada waktu siang
kerana matahari tidak pernah terbenam. Jika Bumi tidak berputar di atas
paksinya, kita tidak akan dapat berjumpa dengan malam, seperti pengembara di
atas kapal terbang ini.
Ingat, jika Allah dapat menjadikan malam dan siang, Dia juga
dapat memindahkannya. Kemudian kita akan hidup dalam keadaan kacau bilau. Lagi
pun, kita tidak akan wujud untuk membaca baris-baris ini. Di dalam Al-Quran,
Allah memberitahu kita bahawa jika Dia berkehendak Dia boleh memanjangkan malam
atau siang:
Katakanlah: "Bagaimana fikiran kamu jika Allah
menjadikan malam kepada kamu tetap selama-lamanya hingga ke hari kiamat; tuhan
yang manakah yang lain dari Allah, yang dapat membawakan cahaya yang menerangi
kepada kamu? Maka mengapa kamu tidak mahu mendengar (secara memahami dan
menerima kebenaran)?" (Surah Al-Qasas:71)
Katakanlah lagi: Bagaimana fikiran kamu jika Allah
menjadikan siang kepada kamu tetap selama-lamanya hingga ke hari kiamat; tuhan
yang manakah yang lain dari Allah, yang dapat membawakan malam kepada kamu
untuk kamu berehat padanya? Maka mengapa kamu tidak mahu melihat (dalil-dalil
dan bukti keesaan dan kekuasaan Allah)?" (Surah Al-Qasas:72)
Ayat-ayat ini menjelaskan bahawa malam dan siang tidak akan
wujud tanpa kehendak Allah. Alam ini dan segala yang ada di dalamnya adalah
kepunyaan Allah, Pencipta.
Adik-adik; jangan lupa bahawa Allah Yang Maha Kuasa telah
menjadikan kamu dengan sempurna dan segala yang kamu tahu dan dapat bayangkan.
No comments:
Post a Comment