Galaksi adalah gabungan berbilion bintang. (Bintang ialah
objek-objek angkasa besar seperti matahari. Bumi dan bulan bukan bintang).
Terdapat tiga trilion bintang di dalam galaksi terbesar. Di dalam galaksi
bersaiz sederhana, terdapat kira-kira 200 ke 300 bilion bintang, sementara
terdapat sekitar 100 bilion bintang di dalam galaksi kecil.
Sekarang berhenti dan fikirkan seketika: Apa ertinya jumlah
satu bilion kepada kamu? Contohnya, jika kamu meletakkan dua sifar selepas
angka satu, ia akan menjadi 100. Jika kamu menambahkan satu lagi sifar kepada
angka ini, ia akan menjadi 1,000. Tambah satu lagi sifar dan sekarang kamu
mendapat 10,000 (sepuluh ribu). Bolehkah kamu mengira sehingga 10,000? Mungkin
kamu boleh melakukannya, tetapi ia mengambil masa yang panjang. Sedangkan kita
masih belum sampai ke angka satu bilion. Kemudian kita tambahkan dua sifar
kepada angka 10,000. Sekarang kita mendapat 1,000,000 (satu juta). Kita masih
tidak mencapai angka bintang-bintang di galaksi. Tetapi jika kamu menambah tiga
lagi sifar pada angka 1,000,000, kamu akan mendapat 1,000,000,000 (satu
bilion). Bolehkah kamu mengira sehingga 1,000,000,000? Biar kita menjawab
soalan ini; mengira satu bilion memakan masa selama beberapa dekad, satu dekad
ialah sepuluh tahun.
Sekarang kita hampir mencapai angka bintang-bintang di
galaksi. Jika kamu menambahkan dua lagi sifar selepas angka 1,000,000,000, ia
menjadi 100,000,000,000 (seratus bilion). Ia adalah jumlah bintang-bintang di
dalam galaksi-galaksi kecil.
Sekarang sudahkah kamu mendapat gambaran tentang cakerawala
ini. Jika kamu menghabiskan seluruh masa kamu mengira, kamu masih gagal mengira
semua bintang-bintang di angkasa. Allah, Pencipta alam ini, telah menjadikan
angkasa tidak terbatas yang tidak dapat kamu bayangkan, dan Dia mengawal setiap
titik cakerawala yang besar ini setiap masa. Allah mengetahui dan melihat
setiap hidupan di dalam cakerawala yang besar ini, dan segala apa yang berlaku.
Kuasa tidak terbatas Allah ini diceritakan di dalam Al-Quran seperti berikut:
dan Ia mengetahui segala yang ada di langit dan yang ada di
Bumi. Dan Allah Maha Kuasa atas tiap- tiap sesuatu. (Surah Ali 'Imran:29)
Sekarang mari kita kembali kepada topik kita dan cuba
mempelajari lebih banyak tentang galaksi.
Di dalam galaksi-galaksi bersaiz sederhana atau besar,
terdapat satu pusat galaksi. Sekeliling pusat galaksi ini adalah tangan-tangan
yang berputar pada kelajuan yang besar. Tangan-tangan ini terdiri daripada
bintang-bintang, gas dan awan-awan debu.
Dengan tangan-tangan dan pusatnya, galaksi-galaksi adalah
objek angkasa terbesar di angkasa. Kelompok-kelompok galaksi ini juga membentuk
kelompok-kelompok objek angkasa yang lain. Terdapat beratus-ratus galaksi di
dalam satu kelompok galaksi. Tambahan pula, kelompok-kelompok galaksi ini
membentuk kelompok-kelompok objek angkasa lain. Kelompok galaksi ini makin
membesar dan terus membesar.
Sekarang mari kita senaraikan kembali apa yang telah kita
perhatikan setakat ini:
Galaksi adalah himpunan berbilion, malah bertrilion
bintang-bintang.
Galaksi-galaksi yang besar dan sederhana mempunyai pusat
galaksi.
Galaksi mempunyai tangan-tangan terdiri daripada
bintang-bintang, gas dan awan-awan debu. Tangan-tangan ini berputar keliling
pusat galaksi pada kelajuan yang tinggi.
Galaksi-galaksi berkumpul untuk membentuk kelompok galaksi.
Kadangkala, terdapat beratus-ratus galaksi di dalam satu kelompok galaksi.
Kelompok-kelompok galaksi ini juga berkumpul di dalam himpunan kelompok.
Simpan di dalam fikiran kamu, sebuah galaksi yang terkumpul
daripada 100 bilion bintang-bintang adalah sebuah galaksi kecil, jangan lupa
setiap bintang adalah sekurang-kurangnya sebesar matahari. Tambahan pula,
terdapat planet-planet besar dan kecil seperti Bumi kita yang berputar
mengelilingi semua bintang-bintang ini.
Sekarang, fikirkan perkara berikut: Bolehkah
berbilion-bilion bintang dapat berkumpul secara kebetulan di dalam keadaan yang
tersusun? Bolehkah bintang-bintang ini secara spontan mengadakan satu aturan
yang membolehkan mereka bergerak tanpa berlanggar dengan objek-objek angkasa
yang lain (contohnya Bumi kita dan planet-planet lain)?
Sudah tentu mustahil. Ini bererti bahawa bintang-bintang
yang berputar dengan kelajuan yang tinggi tanpa berlanggar dengan objek-objek
angkasa yang lain sejak mula kewujudannya adalah satu petanda kewujudan Allah:
Pencipta, Perancang, Pengatur dan Pentadbir seluruh alam. Allah telah
menjadikan banyak laluan untuk planet-planet, bintang-bintang dan komet-komet
di angkasa. Semua objek-objek angkasa ini mengikut laluan mereka sendiri tanpa
berlanggar dengan yang lain.Subhanallah...
No comments:
Post a Comment