Wednesday, 3 April 2013

KOMET




Komet terdiri daripada gas-gas pekat dan debu. Kadangkala, orbit-orbit mereka membawa mereka menghampiri matahari. Apabila menghampiri matahari, permukaan bintang-bintang mula mengewap disebabkan oleh kepanasan. Pengewapan ini menghasilkan cahaya terang. Sebiji bola gas dan debu muncul di sekeliling nukleus. Bola gas dan debu ini dikenali sebagai "coma". Terdapat juga ekor gas dan debu yang mengikut coma ini.
Meteor adalah objek-objek batu di angkasa. Selalunya, ia dapat dilihat di antara orbit Marikh dan Musytari. Dalam beberapa keadaan, diameter meteor ini boleh mencapai sebesar 1,000 kilometer (620 batu).
Meteorit (tahi bintang) adalah ketulan-ketulan yang jatuh ke Bumi daripada angkasa. Ketulan-ketulan batu, atau campuran batu dan besi yang terpisah daripada meteor dan komet. Kadangkala, apabila Bumi melalui awan debu sisa daripada sebuah komet, sebagai contoh, objek-objek di dalam awan debu ini terbakar di dalam atmosfera. Ia terbakar apabila memasuki atmosfera Bumi dan meninggalkan sejalur cahaya nipis di langit. Ia dikenali sebagai meteor. Kadangkala, jika ia tidak terbakar dengan sempurna, meteor-meteor ini melanggar Bumi. Meteor-meteor yang sampai ke Bumi ini dikenali sebagai aerolit atau meteorit.

Meteorit adalah meteor-meteor yang sampai ke permukaan Bumi
Perhatikan satu fakta penting di sini: Meteor-meteor yang sampai ke atmosfera selalunya jatuh ke Bumi. Apabila ia jatuh, kerosakan yang dilakukannya adalah berdasarkan kepada saiz mereka. Bumi kita sentiasa terdedah kepada ancaman ini, tetapi Allah telah menjadikan objek-objek angkasa ini sedemikian rupa sehingga ia akan terbakar dan musnah di dalam atmosfera dan dengan itu ia tidak membahayakan kita. Ini menunjukkan rahmat dan kasih Allah kepada kita seperti juga dengan perlindungan yang diberikan-Nya kepada kita.

Mungkin sekarang kamu sudah menyedari bahawa Allah mengawal semua objek-objek angkasa, sama ada besar atau kecil, dan mentadbir mereka semua setiap masa di dalam keadaan yang teratur dan tersusun.

No comments:

Post a Comment