Bimasakti adalah nama bagi galaksi di mana terletaknya Bumi
kita. Galaksi Bimasakti amat besar. Seperti galaksi-galaksi besar yang lain,
Bimasakti juga mempunyai pusat galaksi. Sudah tentu kamu masih ingat apa itu
pusat galaksi kerana kita baru sahaja membincangkannya di bahagian lepas.
Bintang-bintang di dalam pusat-pusat ini adalah bintang-bintang tua; mereka
berwarna merah atau kuning. Bintang-bintang pada tangan-tangan galaksi ini
selalunya adalah bintang-bintang biru yang muda dan panas. Gas dan awan-awan
debu terdapat di dalam tangan-tangan ini.
Bimasakti berbentuk pusar; sebenarnya bentuk galaksi ini
adalah seperti "roda pin". Iaitu, ia mempunyai tangan-tangan pada
pusatnya yang keluar ke arah bahagian luar. Terdapat empat tangan. Atau
dikenali sebagai "Tangan Pemburu" (Hunter Arms). Kumpulan planet yang
dikenali sebagai "Sistem Suria" terletak pada tangan ini, dan Bumi
kita adalah satu daripada planet-planet di dalam kumpulan ini.
Sistem Suria kita terletak sedikit agak jauh daripada pusat
galaksi ini. Matahari (dan sistem Suria kita) mengelilingi pusat galaksi ini,
dan menyempurnakan satu putaran setiap 220 juta tahun atau lebih.
Anak panah menunjukkan kedudukan Bumi kita di dalam
Bimasakti.
Bimasakti ini telah mengekalkan bentuk dan pergerakannya
selama berbilion-bilion tahun. Walaupun bintang-bintang di dalamnya beredar
dengan kelajuan yang hebat, mereka memelihara laluan mereka sendiri.
Bagaimana pun, mustahil bagi bintang-bintang ini untuk
membentuk bentuk-bentuk seperti ini dengan sendiri. Mustahil juga untuk mereka
mencapai persepakatan; untuk beratur dengan cara yang paling tepat dan bergerak
dengan cara paling tersusun. Tidak mungkin juga undang-undang yang mengatur
bintang-bintang ini membentuk dengan sendirinya. Fikirkan tentang batu-batu di
taman kamu! Bolehkah batu-batu ini membuat keputusan dan berkata, "Biar
sebahagian daripada kita membentuk bahagian pusat dan yang lain mengambil
posisi di bahagian tangan, dan kemudian berpusing di dalam taman secara
berterusan"? Apakah kamu akan percaya seorang yang menyatakan telah
mendengar batu-batu bercakap sesama mereka dengan cara ini? Sudah tentu tidak.
Begitu juga, jika menyatakan Bimasakti ini wujud secara kebetulan dan
bintang-bintang bergerak dengan sendirinya, ia amat lucu seperti contoh
batu-batu di taman. Jangan lupa, objek-objek angkasa ini bukan benda hidup, ia
benda tidak bernyawa seperti batu-batu di taman.
Tidak ada kuasa lain selain daripada Allah yang berupaya
menjadikan berbilion-bilion bintang gergasi di dalam cakerawala yang teratur
ini. Allah menjadikan mereka dan undang-undang yang mengawal mereka. Mereka
semua bersaksi dengan kekuasaan dan pentadbiran Allah ke seluruh alam semesta
ini. Kerana itu, setiap cebis maklumat yang kita pelajari tentang alam ini
mengingatkan kita kepada kewujudan Allah dan penciptaannya. Dengan cara ini,
Allah juga menunjukkan kepada kita kebijaksanaan dan pengetahuan-Nya.
No comments:
Post a Comment