Ketika menerangkan mengenai bulan dan matahari dalam Al-Qur'an, ianya ditekankan bersama bahawa setiap satunya mempunyai laluan orbit tertentu;
Dia yang menjadikan malam dan siang, matahari dan bulan,
setiap mereka berenang di falak (tempat peredarannya). (Surah al-Anbiya; 33)
Dalam ayat lain dinyatakan juga bahawa matahari sebenarnya
bukan objek yang statik tetapi juga mempunyai orbitnya tertentu;
Dan matahari beredar di tempat peredarannya. Demikianlah
ketetapan yang maha Perkasa dan maha Mengetahui. (Surah Yaasin;38)
Fakta yang dikemukakan dalam Al-Qur'an ini telah ditemui
melalui pemerhatian astronomi hari ini. Berdasarkan kepada kiraan pakar-pakar
astronomi, matahari bergerak dalam kelajuan yang besar selaju 720, 000 km sejam
mengarah ke bintang Vega dalam satu orbit tertentu dalam sistem Solar Apex. Ini
bererti matahari bergerak sejauh 17,280,000 km sejam secara anggaran.
Bersama-sama dengan matahari, dan semua planet dan satelit yang berada dalam
lingkungan sistem graviti matahari (sistem solar) juga turut bergerak pada
jarak yang sama. Sebagai tambahan, semua bintang dalam alam semesta adalah
berada dalam satu persamaan pergerakan yang telah ditentukan.
Lanjutan hal ini, iaitu alam semesta dipenuhi dengan
lintasan dan orbit telah dimaktubkan di dalam Al-Qur'an;
Demi langit yang mempunyai jalan-jalan. (Surah
az-Dzariyat;7)
Terdapat lebih kurang 200 bilion galaksi dalam alam semesta,
yang mengandungi hampir 200 billion bintang setiap satu. Kebanyakan dari
bintang-bintang ini mempunyai planet-planet dan kebanyakan dari planet ini
mempunyai satelit. Semua objek-objek langit ini bergerak menepati orbit-orbit
yang telah dicongak. Untuk berapa juta tahun, semuanya 'berenang' melintasi
orbit masing-masing dalam keseimbangan dan susunan yang sempurna bersama-sama
dengan yang lain. Selanjutnya, bilangan komet yang banyak juga bergerak bersama
dalam orbit-orbit yang telah ditentukan untuk mereka.
Orbit-orbit dalam alam semesta bukan sahaja dimiliki oleh
jasad-jasad langit ini, tetapi juga dimiliki oleh galaksi-galaksi yang bergerak
pada kelajuan yang besar dalam orbit-orbit yang telah ditetapkan. Sewaktu dalam
pergerakan, tidak ada satupun objek langit ini yang memotong orbit atau
bertembung dengan objek lain.
Suatu yang pasti, ketika Al-Qur'an di turunkan manusia tidak
mempunyai sebarang teleskop seperti hari ini atau teknologi pemerhatian yang
maju untuk memerhati jutaan kilometer ruang angkasa, dan juga tanpa pengetahuan
fizik atau astronomi yang moden. Dengan hal ini, ianya suatu yang mustahil
ketika itu untuk menentukan secara saintifik bahawa ruang langit 'dipenuhi
dengan lintasan dan orbit' seperti yang dinyatakan dalam Al-Qur'an.
Bagaimanapun, hal ini secara jelas diterangkan kepada manusia dalam Al-Qur'an
yang diwahyukan ketika itu -kerana Al-Qur'an sebenarnya adalah kalam Tuhan.
No comments:
Post a Comment