Sepotong ayat mengenai penciptaan langit dinyatakan sebagai
berikut.ayat.
"dan apakah orang-orang kafir itu tidak melihat
bahawasanya langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu (satu
unit penciptaan), kemudian kami pisahkan antara keduanya. Dan daripada air Kami
jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka mengapakan mereka tiada juga
beriman?". (Surah Al-Anbia: 30)
Kalimah 'ratq' diertikan sebagai dijahit yang bermaksud
'dikumpul bersama, dicampur' dalam kamus bahasa arab. Ianya digunakan untuk
merujuk dua intipati yang berbeza yang membina suatu yang menyeluruh. Frasa
'Kami membuka jahitan; adalah perkataan fataq dalam bahasa arab dan menggambarkan
bahawa sesuatu yang diwujudkan dengan membelah bahagian atau memusnahkan
struktur ratq. Biji benih yang tumbuh bertunas dari tanah adalah satu contoh
frasa ini.
Sekarang mari kita perhatikan sejenak ayat ini sekali lagi
dengan menyimpan pemahaman ini di dalam minda. Di dalam ayat tersebut, langit
dan bumi pada status pertamanya adalah berbentuk ratq. Kedua-duanya di pisahkan
(fataqa) dengan kemunculan satu dari yang satu lagi. Apa yang menarik, apabila
kita mengingati saat pertama fenomena Big Bang kita melihat bahawa satu titik
tunggal mengandungi semua material alam semesta.
Dalam perkataan lain, setiap benda termasuk langit dan bumi
yang masih belum diciptakan lagi, juga termasuk di dalam titik tunggal ini
dalam keadaan ratq. Titik ini kemudiannya meletup dalam satu letupan yang
besar, menyebabkan materialnya menjadi fataq dan proses ini membentuk
keseluruhan struktur alam semesta. Apabila kita membandingkan pernyataan di
dalam ayat Al-Qur'an di atas dengan penemuan saintifik, kita mendapati bahawa kedua-duanya
berada dalam keserasian yang sempurna di antara satu sama lain. Apa yang cukup
menarik perhatian ialah penemuan ini tidak diketahui sehingga abad ke 20.
No comments:
Post a Comment