Awan-awan Yang Terapung
Apabila kita melihat ke langit, kita akan melihat awan-awan
putih atau kelabu yang kelihatan gumpalan-gumpalan kapas. Kadangkala kita fikir
ia mirip dengan objek-objek tertentu bukan? Pernahkah kamu terfikir bagaimana
awan wujud? Sekarang, mari kita lihat bagaimana.
Setiap hari, kepanasan matahari menyebabkan air di permukaan
Bumi mengewap. Bentuk air yang wujud di udara ini dinamakan "wap
air". Udara yang menghampiri tanah menjadi panas. Udara panas naik ke
atas, dan ketika naik ia membawa wap air ke kedudukan yang lebih tinggi. Pada
kedudukan yang tinggi ini, wap air di dalam udara panas bertembung udara sejuk
dan seterusnya ia bertukar menjadi titik-titik air dan membentuk awan.
Air yang mengewap daripada lautan yang kaya dengan garam dan
tasik-tasik yang mengandungi kandungan mineral yang tinggi membawa butir-butir
garam ke atas ke satu kedudukan yang lebih tinggi. Butir-butir garam ini amat
halus sehinggakan ia tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Angin yang membawa
titisan-titisan ini mengumpulkan 27 juta tan garam sehari di dalam atmosfera.
Garam-garam ini membentuk pusat titisan hujan.
Awan-awan kelihatan seperti kapas daripada Bumi. Kamu
mungkin mendakwa ia tidak berat. Bagaimanapun, apabila kristal air ini bertukar
menjadi hujan, kamu melihat bertan-tan air jatuh ke tanah. Satu awan hujan
biasanya mengandungi 300,000 tan air. (Satu tan adalah sama dengan 1,000
kilogram (2,200 paun). 300,000 tan adalah 300 juta kilogram (660 juta paun).
Jika kamu kira berat biasa seorang dewasa ialah kira-kira 60-70 kilogram
(130-150 paun), kamu boleh lihat hebatnya kiraan ini) 300,000 tan bergantung di
udara.
Allah menurunkan hujan daripada awan-awan gergasi ini untuk
menghidupkan Bumi. Dengan ini, setiap inci Bumi ini akan menerima air yang
mencukupi. Di dalam Al-Quran, Allah memberitahu kita bagaimana awan menyebabkan
hujan:
Tidakkah engkau melihat bahawasanya Allah mengarahkan awan
bergerak perlahan-lahan, kemudian Dia mengumpulkan kelompok-kelompoknya,
kemudian Dia menjadikannya tebal berlapis-lapis? Selepas itu engkau melihat
hujan turun dari celah-celahnya... (Surah An-Nuur:43)
Selain daripada itu, Allah menarik perhatian kita kepada
ketulenan air yang diturunkan-Nya daripada langit:
dan Kami menurunkan dari langit: air yang bersih suci.
(Surah Al-Furqan:48)
Seperti yang disebutkan ayat di atas, hujan yang turun ke
bumi adalah bersih dan suci. Ia termasuk juga sejumlah kecil garam dan mineral.
Ini adalah nikmat Allah, kerana tanah menerima garam dan mineral yang
diperlukannya daripada air hujan. Jika air mengewap daripada lautan mengandungi
kadar garam yang tinggi, apabila ia jatuh ke tanah dalam bentuk hujan ia akan
membahayakan hidupan di planet kita. Jika air hujan terlalu masin, ia akan
mengeringkan tanah dan melayukan tumbuh-tumbuhan, yang menyebabkan kematian
semua benda hidup. Ringkasnya, kehidupan di Bumi akan berakhir. Tetapi, ini
tidak berlaku, kerana Allah mempunyai rahmat kepada manusia. Ini disebutkan di
dalam Al-Quran:
Selain dari itu, tidakkah kamu melihat air yang kamu minum?
Kamukah yang menurunkannya dari awan (sebagai hujan), atau Kami yang
menurunkannya? Kalau Kami kehendaki, Kami akan jadikan dia asin, maka ada
baiknya kalau kamu bersyukur. (Surah Al-Waaqi'ah:68-70)
Penjelasan di dalam ayat di atas menjadikan ianya jelas
bahawa Allah menjadikan semua benda di Bumi bersesuaian untuk hidup manusia.
Adik-adik, seperti yang kamu lihat, kita tidak mempunyai
kuasa ke atas segala apa yang kita perlukan untuk hidup kita. Melainkan jika
Allah menghendakinya, kita tidak akan dapat hidup di Bumi. Kerana itu, kita
perlu sentiasa ingat bahawa Allah adalah Pencipta segalanya dan kita perlu
sentiasa berterima kasih kepada-Nya.
No comments:
Post a Comment