Adik-adik, tahukah kamu suhu biasa di angkasa? -270C! Suhu
seperti ini menjadikan hidupan mustahil. Suhu biasa Bumi kita ialah di antara
15C dan 20C. Suhu ini berubah apabila seseorang naik ke lapisan atmosfera yang
lebih tinggi.
Contohnya, benua Afrika adalah sebuah kawasan panas. Apa
kata jika kami bertanya kepada kamu, "Bolehkah kamu membuat orang salji di
Afrika?". Kamu sudah tahu jawapan kamu. Mungkin kebanyakan kamu akan
menjawab, "Untuk membuat orang salji, kamu memerlukan salji. Disebabkan
mustahil untuk mendapatkan salji di kawasan panas, tidak mungkin kita dapat
membuat orang salji". Tetapi, kamu salah, kerana kamu boleh membuat orang
salji di benua Afrika bila-bila masa yang kamu suka, walaupun ia dikenali
sangat panas. Untuk melakukannya, kamu perlu memanjat gunung Kilimanjaro, yang
mempunyai kemuncak tertinggi di benua tersebut. Bahagian atas gunung ini, yang
berada agak tinggi daripada paras laut, sentiasa diliputi salji. Kerana,
apabila bergerak ke atas dari bawah, suhu akan menurun. Suhu jatuh hampir ke
-50C di dalam lapisan atmosfera yang dinamakan "stratosfera". Apabila
naik lebih tinggi, cuaca menjadi panas semula. Terima kasih kepada perlindungan
yang Allah berikan kepada kita, tidak ada perbezaan suhu yang ketara di Bumi.
Pengekalan suhu ini bergantung kepada jumlah kepanasan yang
matahari pancarkan begitu juga dengan jarak di antara Bumi dan matahari. Di
dalam bab lepas, kita telah menyentuh topik ini. Kami akan membincangkan topik
ini dengan terperinci di sini. Berdasarkan kiraan, penurunan 10 peratus sahaja
daripada tenaga yang diberikan matahari boleh menyebabkan permukaan Bumi
diliputi lapisan-lapisan ais setebal beberapa meter. Tetapi, jika tenaga
matahari ditingkatkan sedikit, semua hidupan akan terbakar dan mati.
Disebabkan wujudnya berbagai ketinggian di Bumi, pada satu
ketinggian manusia dapat berenang dan berjemur, sementara pada ketinggian yang
lebih tinggi di kawasan yang sama mereka boleh bermain bola salji dan meluncur.
Kelajuan putaran Bumi juga membantu suhu berada di dalam
keadaan seimbang. Bumi melakukan satu putaran setiap 24 jam. Kerana itu, jangka
masa siang dan malam adalah pendek. Kerana ia pendek, perbezaan suhu di antara
siang dan malam adalah kecil.
Kepentingannya dapat dilihat di dalam contoh Utarid, di mana
sehari berlangsung selama setahun dan perbezaan di antara suhu waktu siang dan
malam ialah 1,000C.
Geografi juga membantu mengimbangi kepanasan di Bumi.
Perbezaan di antara kawasan kutub dan khatulistiwa di Bumi ialah kira-kira
100C. Jika perbezaan seperti ini berlaku di satu tempat yang sama, hasilnya
ialah angin liar yang akan menyapu apa sahaja yang berada di hadapannya.
Sebaliknya, Bumi dipenuhi rintangan-rintangan geografi yang
menghalang pergerakan angin besar yang boleh menyebabkan perbezaan suhu
berlaku. Rintangan-rintangan itu ialah rantaian gunung-ganang seperti yang
menganjur dari barat ke timur, bermula dengan Himalaya di China dan bersambung
dengan gunung-ganang Taurus di Anatolia dan Alps di Eropah. Kita telah
mempelajari bagaimana Bumi kita mengekalkan suhunya, walaupun suhu di angkasa
lepas ialah sekitar -270C. Jika suhu Bumi terlalu sejuk atau terlalu panas,
yang menjadi ancaman kepada manusia, kita tidak akan hidup. Oleh itu, paras
suhu yang sederhana adalah rahmat Allah. Balasan kepada rahmat-Nya, kita
hendaklah mensyukuri Allah, Yang telah menjadikan keadaan paling sempurna untuk
hidup kita. Ini adalah perkara paling penting yang mesti kita ingat.
Berapa besarkah Bumi dan bagaimana Allah melindungi Bumi
kita daripada objek-objek angkasa yang lain?
Di dalam bahagian berikutnya, kami akan menjawab soalan ini
Rantaian gunung-ganang yang merentangi Bumi mencegah
ribut-ribut ganas di kawasan kutub daripada menghasilkan kekacauan di Bumi, dan
membantu mengekalkan suhu planet ini di dalam keadaan seimbang.
Saiz Bumi Dan Perlindungannya Daripada Objek-Objek Angkasa
Lain
Jika kamu masih ingat di dalam bahagian awal, kami telah
menyebutkan tentang berbagai saiz planet-planet.
Sekarang kita bandingkan Bumi kita dengan planet-planet lain
dari segi saiz. Kita mulakan dengan membuat perumpamaan berikut: Bayangkan Bumi
kita sebagai sebiji kacang hijau. Dalam keadaan ini, Utarid adalah sebiji biji
bijan, Zuharah adalah sebiji kacang hijau seperti Bumi kita, Marikh sebiji biji
tembikai, Musytari sebiji oren, Zuhal adalah sebiji buah limau, Uranus dan
Neptun adalah buah ceri, dan Pluto adalah biji bijan. Matahari pula adalah
sebiji bola yang lebih besar daripada sebiji bola keranjang di bandingkan
dengan kacang hijau kita.
Adakah saiz Bumi dibandingkan dengan planet-planet lain
"secara kebetulan"? Atau, disengajakan?
Jika kita mengkaji saiz Bumi, kita akan dapati planet kita
telah direka menjadi sebesar ini.
Jika Bumi sedikit kecil, graviti menjadi lemah dan
menjadikannya terlalu lemah untuk menahan atmosfera di sekelilingnya. Tanpa
atmosfera ini, dunia kita akan terdedah kepada meteor dan sinaran bahaya
daripada angkasa. Tambahan pula, kehilangan oksigen menyebabkan hidupan mati.
Jika Bumi terlalu besar, tarikan graviti akan bertambah dengan hebatnya,
menukarkan atmosfera ini menjadi satu campuran bahaya kerana ia mengandungi
gas-gas beracun.
Di samping jirimnya, dalaman Bumi juga telah direka khas.
Lapisan-lapisan kerak bergerak mengelilingi antara satu sama lain, dan
pergerakan ini menghasilkan medan magnet bumi. Medan magnet ini mempunyai
peranan penting dalam memelihara hidupan. Terletak jauh daripada permukaan
Bumi, medan ini melindungi Bumi daripada kesan sinaran bahaya daripada angkasa.
Setiap benda yang dihasilkan oleh seorang tukang kasut,
tukang kayu atau tukang tembaga adalah satu rekaan istimewa kepada
tukang-tukang ini. Mereka merancang setiap peringkat kerja mereka dan melakukan
ukuran dengan cermat. Tiada siapa dapat mendakwa bahawa hasil kerja seni ini
telah muncul secara spontan, tanpa rekaan atau perancangan. Begitu juga, adalah
tidak masuk akal untuk mendakwa bahawa berbilion-bilion galaksi, planet-planet
dan bintang-bintang di dalam alam ini telah wujud secara spontan.
Penemuan saintifik lain menunjukkan kepada kita alam ini
tidak ditinggalkan begitu sahaja. Sebaliknya, Allah, Tuhan sekalian alam Yang
Maha Pencipta, mengawal seluruh alam, dan menjadikan dan menahan
galaksi-galaksi, bintang-bintang dan planet-planet di bawah kekuasaan-Nya.
Planet biru yang kita diami ini adalah ciptaan istimewa
Allah. Di dalam Al-Quran, Allah menggambarkan ciptaan hebat ini di dalam ayat
ke-2 surah Al-Furqan dengan kata-Nya: "... dan Dialah yang menciptakan
tiap-tiap sesuatu lalu menentukan keadaan makhluk-makhluk itu dengan ketentuan
takdir yang sempurna." Mungkin kenyataan ini menjadikannya jelas, seperti
ayat-ayat lain di dalam Al-Quran, bahawa di planet ini, Allah menjadikan segala
yang diperlukan manusia.
No comments:
Post a Comment