Saturday, 30 March 2013

KEDUDUKAN BUMI DALAM CAKERAWALA


Apa akan berlaku jika Bumi kita ini berada sedikit lebih hampir kepada matahari? Jawapannya sudah jelas, semua orang tahu kepanasan matahari boleh membakar. Disebabkan oleh kepanasan melampau ini juga, kita tidak akan mempunyai atmosfera atau lautan seperti sekarang Suhu akan menjadi terlalu tinggi menyebabkan kebanyakan air di Bumi akan mengewap. Dalam keadaan ini, tidak akan ada air lagi di Bumi. Bumi akan menjadi kering seperti gurun.

Contohnya, di dalam bab terdahulu kami telah sebutkan bahawa planet Zuharah berada lebih hampir dengan matahari daripada planet kita. Oleh itu, suhu planet Zuharah lebih tinggi daripada Bumi. Suhunya boleh meningkat sehingga 475C. Untuk menggambarkan ketinggian suhu ini, fikirkan apabila kamu meletakkan sedikit air di dalam plat logam yang panas, ia akan mendidih pada suhu 100C.


Jika matahari sedikit hampir kepada planet kita, Bumi akan terbakar seperti sebuah gurun, seperti yang ditunjukkan oleh gambar di atas. Jika matahari lebih jauh, maka Bumi akan diseliputi oleh ais, seperti yang ditunjukkan di dalam gambar di sebelah kanan.
Sekarang fikirkan sebaliknya. Bagaimana jika Bumi sedikit lebih jauh daripada matahari? Dalam keadaan ini, Bumi kita akan menerima kurang kepanasan. Bayangkan jika keadaan ini berlaku, sebahagian besar daripada Bumi akan beku dan bertukar menjadi ais. Permukaan Bumi akan menjadi seperti permukaan Marikh yang kering dan berais, iaitu sebuah planet yang jauh sedikit daripada matahari daripada Bumi. Kita dapat membuat kesimpulan daripada keadaan-keadaan ini: Bumi kita terletak pada tempat yang paling tepat! Bagaimana ini berlaku? Apakah secara kebetulan Bumi ini berada pada tempat yang betul? Sudah tentu tidak. Bumi adalah planet yang mati dan tidak bernyawa. Sudah tentu mustahil untuknya memilih tempat yang paling sesuai sendiri, atau secara kebetulan. Fakta Bumi berada pada kedudukan paling sesuai adalah petanda kesempurnaan ciptaan Allah.


Penemuan astronomi terkini telah membuktikan kepentingan wujudnya planet-planet lain kepada Bumi. Contohnya, saiz Musytari dan kedudukannya adalah mustahak. Sebagai sebuah planet paling besar di dalam sistem ini, Musytari menjadikan orbit Bumi lebih stabil.

Jika sebuah planet yang besar seperti Musytari tidak ada, Bumi akan menjadi sasaran meteor dan komet yang berselerak di angkasa. Ringkasnya, Musytari adalah seperti sebuah perisai yang melindungi Bumi. Jika Musytari berada di orbit lain, planet kita dan kita sendiri tidak akan wujud hari ini.

Seorang bijak yang mengetahui semua ini, memahami bahawa tidak ada sesuatu pun di dalam cakerawala ini dijadikan tanpa tujuan. Kefahaman ini diceritakan di dalam Al-Quran seperti berikut:

Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal. (Surah Ali 'Imran:190)

Seperti yang disebutkan di dalam ayat ini, kita perlu memikirkan penciptaan langit dan bumi. Apa yang telah kamu pelajari daripada buku ini menggambarkan penciptaan Allah terhadap alam ini. Apabila kamu memikirkan pengetahuan ini, kamu akan dapat pemahaman lebih baik tentang kekuasaan Allah.


Disebabkan tarikan graviti Musytari lebih kuat daripada Bumi, meteor-meteor bertaburan di angkasa akan tertarik ke Musytari. Ini seperti tarikan satu magnet yang kuat. Tarikan kuat Musytari ini melindungi Bumi, dan juga kita, daripada ancaman-ancaman ini.

No comments:

Post a Comment