Sukatan Hujan
Hujan turun ke Bumi dalam sukatan tertentu. Sukatan ini
hanya diketahui oleh penyelidikan terkini. Kiraan menunjukkan bahawa 16 juta
tan air mengewap setiap saat. Dalam masa setahun, jumlah ini ialah 505 trilion
tan. Sekali lagi, setiap tahun, 505 trilion hujan jatuh ke permukaan Bumi. Di
dapati, jumlah ini adalah sama daripada satu tahun ke satu tahun. Fakta ini,
yang baru sahaja di temui oleh ahli sains, telah digambarkan di dalam Al-Quran,
yang turun 1,400 tahun dahulu:
Dan (Dia lah) yang menurunkan hujan dari menurut sukatan
yang tertentu (Surah Az-Zukhruf:11)
Adik-adik! Sungguh menakjubkan Allah merujuk kepada satu
sukatan, atau jumlah, di mana Dia menurunkan air daripada langit, seperti mana
yang telah ditemui bahawa sukatan hujan yang turun setiap tahun adalah sama. Di
sini, keserasian ini amat menarik.
Pengewapan dan pemeluwapan (kondensasi) jumlah air seimbang
seperti yang ditunjukkan di atas, iaitu "kitar semula air",
mengekalkan kesinambungan hidupan di Bumi. Mengekalkan sukatan ini secara
tiruan adalah mustahil, walaupun semua peralatan teknologi terkini digunakan.
Perubahan kecil di dalam kitaran semula air boleh
menyebabkan ketidakseimbangan hebat di dalam alam semula jadi dalam masa yang
singkat, ini bererti berakhirnya kehidupan. Bagaimanapun, ini tidak pernah
terjadi; Permukaan Bumi sentiasa menerima jumlah hujan yang sama. Allah telah
"menurunkan hujan dari menurut sukatan yang tertentu"
Satu awan bersaiz biasa mengandungi 300,000 tan (300 juta
kilogram, atau 660 juta paun) air.
Setiap tahun, 505 trilion tan air turun ke Bumi. Jumlah ini
tidak berubah daripada satu tahun ke satu tahun lain. Ini adalah satu contoh
bukti bahawa Allah menjadikan semua benda di dalam sukatan dan imbangan tepat.
Sekarang kamu sudah faham bahawa Allah memegang sukatan
penurunan hujan di bawah kawalan-Nya. Jika tidak, bagaimana mungkin adanya
sukatan penurunan hujan yang sama di Bumi setiap tahun? Ini adalah mustahil.
Allah adalah Tuhan seluruh alam, dan setiap sesuatu yang berlaku adalah dengan
kehendak-Nya.
No comments:
Post a Comment