Kerana magma, atau batu cair, di bawah lapisan bumi berada
dalam bentuk cecair, ia sering mencari jalan keluar melalui rekahan-rekahan di
lapisan Bumi dan akhirnya akan meledak. Kejadian menakutkan ini dinamakan
letupan gunung berapi.
Selalunya dengan satu letupan yang hebat, gunung berapi
meledak memuntahkan bertan-tan debu dan abu ke atmosfera. Letupan ini membentuk
awan-awan hitam yang besar di langit. Kemudian magma mula mengalir di permukaan
Bumi, menyapu bersih hutan dan bandar-bandar.
Magma yang mengalir daripada gunung berapi ke Bumi dinamakan
"lava". Tidak lama kemudian, lava akan menjadi sejuk di atas
permukaan Bumi dan menjadi keras, membentuk batu-batu. Sepanjang sejarah,
banyak bandar-bandar musnah kerana bencana seperti ini. Contohnya, pada abad
pertama, letupan gunung berapi telah melenyapkan bandar Pompeii, sebuah bandar
Rom yang makmur, daripada muka bumi ini. Kejadian itu terlalu mengejutkan
sehinggakan mereka tidak berpeluang untuk melarikan diri. Lava sampai ke bandar
Pompeii dan menimbus seluruh bandar, menyebabkan semua penduduknya mati.
Ledakan gunung berapi menunjukkan bahawa dalaman planet kita
adalah panas. Jika Bumi tidak berada di bawah perlindungan Allah, kita terpaksa
menghadapi letupan-letupan gunung berapi yang hebat.
Tiada satu nyawa pun selamat; penduduk Pompeii, yang
dikenali dengan keingkaran mereka terhadapan suruhan Allah dan tidak berakhlak,
telah mati serentak. Kematian yang tidak dapat dielakkan adalah mirip dengan
kaum yang digambarkan di dalam Al-Quran seperti berikut:
Maka masing-masing Kami binasakan dengan sebab dosanya,
iaitu di antaranya ada yang Kami hantarkan angin ribut menghujaninya dengan
batu; dan ada yang dibinasakan dengan letusan suara yang menggempakan bumi; dan
ada yang Kami timbuskan dia di bumi; dan ada pula yang Kami tenggelamkan di
laut. Dan (ingatlah) Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka, akan tetapi
merekalah yang menganiaya diri sendiri. (Surah Al-'Ankabut:40)
Adik-adik, ayat ini menunjukkan bahawa Allah mempunyai kuasa
ke atas semua benda dan Dia boleh memusnahkan apa sahaja di Bumi jika Dia mahu.
Tiada siapa selamat daripada hukuman-Nya. Bagaimanapun, Allah juga sangat
Pengasih dan Penyayang kepada hamba-hamba-Nya. Di dalam buku ini, kita telah
melihat banyak bukti kasih sayang Allah yang tidak terbatas. Letupan gunung
berapi yang hanya berlaku kadang-kadang ini adalah satu lagi nikmat Allah jika
kita dapat memikirkannya.
No comments:
Post a Comment