Bulan Yang Menerangi Malam Kita
Bulan mirip sebiji bola besar yang mengelilingi Bumi kita.
Pada waktu malam yang tidak berawan, bulan bersinar dengan indahnya di dalam
kepekatan malam. Tetapi, bulan bukan sumber cahaya sebenar. Ciri-ciri bulan ini
dirujuk di dalam al-Quran:
Maha Berkat Tuhan yang telah menjadikan di langit,
tempat-tempat peredaran bintang, dan menjadikan padanya matahari serta bulan
yang menerangi. (Surah Al-Furqan:61)
Kita sering melihat bahagian bulan yang sama kerana ia
berputar mengelilingi dirinya dan Bumi setiap dua puluh sembilan hari. Kerana
jangka masa putaran kedua-duanya adalah sama, kita sering melihat bahagian
bulan yang sama. Apabila kita melihat ke langit pada waktu malam, bulan kadang
kala muncul dalam bentuk bulat dan kadang kala pula dalam bentuk separuh bulat.
Ketika bulan berputar mengelilingi matahari, bahagian yang bercahaya berubah
bentuk.
Bumi dan bulan saling menarik antara satu sama lain, tetapi
kuasa graviti Bumi adalah enam kali lebih hebat daripada bulan. Walaupun
begitu, graviti bulan mempengaruhi Bumi dan menyebabkan "pasang
surut" dalam lautan dan laut. Perubahan biasa berlaku pada permukaan laut.
Jika tarikan graviti bulan kuat, air pasang akan menyebabkan paras air naik dan
jatuh dengan kerap. Dalam keadaan ini, kawasan-kawasan berhampiran lautan dan
laut akan selalu banjir.
Tetapi, ketika air pasang, air selalunya naik pada paras
sederhana kerana Allah telah "menyelaraskan" kuasa graviti bulan dan
Bumi untuk melindungi kita daripada bencana.
Terdapat juga kawah-kawah dalam di permukaan Bumi. Kerana
tidak mempunyai atmosfera seperti Bumi, bulan sering dilanggar meteor-meteor.
No comments:
Post a Comment