Sehingga abad keenam belas, iaitu 500 tahun dahulu, walaupun
sebahagian bangsa Yunani telah memikirkannya, secara umumnya manusia masih
tidak mengetahui Bumi ini adalah sebuah planet. Pemerhatian yang dilakukan pada
masa tersebut membantu manusia mengetahuinya. Pada abad ke-20, manusia telah
pasti kedudukan Bumi di dalam Sistem Suria. Bumi adalah planet ke tiga jauhnya
daripada matahari dan planet kelima terbesar.
Pakar sains percaya Bumi mempunyai kerak besi yang mempunyai
suhu 7,500C. Ia jauh lebih panas daripada suhu permukaan matahari. Tetapi,
disebabkan kamu tidak pernah merasa sedikit pun daripada kepanasan ini, kamu
dapat duduk di dalam kelas kamu sambil mendengar guru kamu atau tidur dengan
nyenyak di atas katil. Lapisan kulit Bumi menghalang kita daripada kepanasan
ini. Allah Maha Pengasih kepada kita kerana itu Dia menjadikan lapisan Bumi
yang cukup tebal untuk menghalang kepanasan ini menembusinya. Di samping itu,
Allah juga menjadikan kita atmosfera yang mesra alam. Dia juga memberikan
tumbuh-tumbuhan beberapa ciri yang membolehkannya mengekalkan keseimbangan
oksigen-karbon dioksida.
Suhu dalaman Bumi mencapai setinggi 7,500C tetapi di
permukaan Bumi kita tidak pernah merasa kepanasan ini.
Struktur Bumi dan beberapa keseimbangan lain menunjukkan
Bumi telah direka khusus untuk manusia tinggal di dalamnya.
Daripada atmosfera ke geografinya, daripada jaraknya
daripada matahari kepada semua bentuk keseimbangan, Bumi adalah sebuah planet
yang dijadikan khas untuk menampung hidupan. Contohnya, kita dapat menyamakan
Bumi kita dengan akuarium. Sebuah akuarium menyediakan keadaan-keadaan paling
sesuai untuk ikan. Sebuah termostat mengawal suhu air, terdapat satu motor
untuk mengalirkan udara dan pasir yang ditempatkan di bahagian bawah. Terdapat
pil khas diletakkan di dalam air, terdapat penutup pelindungan akuarium, satu
sistem penapis yang berterusan menapis air, dan pembekal makanan Semua ini
menampung hidup ikan-ikan di dalam akuarium.
Bagaimanapun, ikan-ikan di dalam akuarium tidak menyedari
persekitaran buatan ini. Mereka menyangka mereka hidup di "alam semula
jadi" atau alam yang terbentuk secara spontan. Mereka tidak menyedari ada
orang yang menyediakan termostat dan mengawal paras air atau fungsi motor
pengalir udara. Mereka juga tidak tahu siapa yang memberikan makanan yang
muncul tiba-tiba di permukaan air. Sedangkan, puncanya adalah jelas; pemilik
akuarium tersebut yang telah memberikan keperluan ikan-ikan tersebut.
Sudah tentu, kehidupan di Bumi memerlukan sistem yang lebih
rumit daripada kehidupan di dalam sebuah akuarium.
Menyimpan ikan di dalam sebuah akuarium memerlukan penjagaan
yang teliti. Atmosfera memberikan penjagaan ini kepada Bumi.
Seorang yang bijak tidak akan mensia-siakan hidupnya di
dalam kejahilan seperti ikan-ikan di dalam sebuah akuarium. Dia percaya Bumi
"sedia ada" untuknya dan ia tidak mempunyai satu Pencipta dan
Pentadbir. Sudah tentu, Allah yang telah menjadikan keseimbangan dan aturan
yang sempurna yang memungkinkan kehidupan di Bumi. Manusia yang bijak mahu
mengenali Tuhan yang memberikan segala kenikmatan ini kepadanya dan untuk
mempelajari apakah yang dituntut-Nya daripadanya. Di dalam Al-Quran, Allah
membenarkan kita mengenali-Nya dan memaklumkan kepada kita apa yang
dituntut-Nya daripada kita.
Jelaslah, Allah menjadikan keseimbangan dan aturan yang
sempurna untuk memungkinkan kehidupan di dunia. Allah memberitahu kita tentang
perkara ini di dalam Al-Quran:
Dan Kami telah menjadikan di bumi gunung-ganang yang
menetapnya, supaya bumi itu tidak menggegar mereka; dan Kami jadikan padanya
celah-celah sebagai jalan-jalan lalu-lalang, supaya mereka dapat sampai kepada
mencapai keperluan rohani dan jasmani. Dan Kami telah menjadikan langit sebagai
bumbung yang terpelihara dan terkawal, sedang mereka (yang kafir itu) berpaling
tidak memerhatikan tanda-tanda (kekuasaan Kami) yang ada padanya. (Surah
Al-Anbiyaa':31-32)
Allah mencipta, mengimbangi, dan mengharmonikan setiap
perkara di Bumi untuk menjadikannya tempat untuk kita diami. Sesiapa yang
menyedari fakta ini mesti beriman dengan Allah, menyaksikan kuasa tidak
terbatas-Nya dan bersyukur untuk setiap apa yang telah diberikan-Nya kepadanya.
No comments:
Post a Comment